Tuesday, September 14, 2010

Diet

http://easy-fat-loss-tips.blogspot.com/
Drink 8 glasses of ice waterevery day. Cold water speeds up your metabolism while keeping you hydrated.

Sunday, September 12, 2010

UKMMC says it can reverse stroke attacks

Published: Sunday September 12, 2010 MYT 1:08:00 PM
http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2010/9/12/nation/20100912131640&sec=nation

KUALA LUMPUR: The Universiti Kebangsaan Malaysia Medical Centre (UKMMC) can now reverse a stroke attack and patients can get back to their normal life instead of spending years trying to recover from partial paralysis.

According to UKM News Portal, a web publication by the university's corporate communications centre, a drug known as Recombinant Tissue Plasminogen Activator (r-tPA) can reverse a stroke provided that it is given within four and a half hours of the stroke onset and under strict and controlled conditions.

This is to ensure that in trying to reverse the stroke, physicians do not end up killing the patient, said Prof Datuk Dr Raymond Azman Ali, Senior Consultant Neurologist at UKMMC, who also heads UKMMC's stroke-ready team called the Kuala Lumpur Regionalised Integrated Stroke Intervention System or KRISIS.

Stroke starves the brain cells of oxygen, which is vital for it to function. How this happens is through the formation of a blood clot in a blood vessel, thus blocking the blood from flowing to an area of the brain.

After four and half hours of oxygen deprivation the affected brain cells will start to die.

During this crucial time, an emergency back-up system kicks in the brain, opening dormant bridges between blocked blood vessel and healthy ones that normally supply blood to different areas of the brain.

This enables blood to flow around the blockage, resupplying starved brain tissue with oxygen. The back-up system, known as collateral circulation, forms by opening blood vessels, which makes them vulnerable to bleeding.

The r-tPA, which is only intended to dissolve the blood clot (or thrombus) within the affected blood vessel, is highly likely to transform the stroke into a cerebral bleed (haemorrhage) and worsen the patient's neurological deficit and even kill the patient.

Until recently, the treatment for stroke is thought to be rehabilitation or prevention at best but not many know that there is such a thing as stroke reversal.

"Yes, you can actually reverse a stroke and live a normal live again," said Prof Raymond.

Stroke reversal is about keeping the cells that are being deprived of oxygen alive. The only way to do this is to resume the blood flow as soon as possible (reperfusion).

This can be done by giving the patient the medication r-tPA which will dissolve the blood clot that is blocking the blood from flowing to an area of the brain.

Prof Raymond said UKMMC's KRISIS team was also currently the only programme of its kind in Malaysia.

An acute stroke intervention programme such as this often involves a dedicated team comprising the full complement of specialised neurologists, emergency physicians, neurosurgeons, neuroradiologists, family physicians, nurses, medical assistants, rehabilitation staff and pharmacists.

Prof Raymond said such a programme also required a CT perfusion scan and this was not usually available in many centres.

A neuroradiologist is also needed to interpret the plain brain CT and CT perfusion scans in order to confidently predict the outcome from reperfusion procedures.

At present, KRISIS conducts regular workshops to train doctors, nurses and assistant medical officers to be competent in stroke management.

It is basically aimed at teaching them to recognise the early symptoms and signs of stroke and who to give and not to give the r-tPA.

KRISIS is a comprehensive management system from pre-hospital to post-hospital care, right from when one dials 999, as it also alerts the ambulance team members who would already know what to do in the ambulance. Once the patient gets to the emergency department, the KRISIS team will know exactly what to do and who else to channel the patient to.

One of the main reasons why stroke patients do not recover is when they take their own sweet time to get medical treatment.

Once the symptom is apparent, many of the patients often prefer to seek alternative traditional treatment.

In reality, if they come to hospital immediately and the blood flow to the brain can be restored the patient is highly likely to recover fully. - Bernama

Wednesday, March 31, 2010

Minum banyak air baik untuk buah pinggang

http://www.activeboard.com/forum.spark?aBID=1623&p=3&topicID=17656658
Minum banyak air baik untuk buah pinggang


PENINGKATAN jumlah pesakit mengalami masalah kegagalan buah pinggang bukan memeranjatkan, walaupun angkanya kian membimbangkan.

Walaupun berkali-kali diadakan pelbagai kempen menyayangi buah pinggang, masih ramai tidak mengendahkannya.

Kebanyakan masalah buah pinggang dikesan terlalu lewat, iaitu apabila kerosakan sampai ke tahap serius. Ini menyebabkan ramai pesakit terpaksa bergantung kepada mesin dialisis untuk membersihkan darah bagi membolehkan mereka meneruskan hidup.

Masalah kegagalan buah pinggang boleh dielakkan melalui amalan gaya hidup sihat dengan bersenam dan penjagaan makanan. Namun bagi kebanyakan orang, dua faktor ini payah dilakukan, walaupun ramai sedar ia asas utama kesihatan dan boleh mengelakkan pelbagai penyakit kronik.

Kurang kesedaran menjaga kesihatan buah pinggang juga menyebabkan kita selalu mengabaikan gejala awal dan menganggapnya sebagai perkara biasa akibat peningkatan umur. Jika tidak dirawat awal, penyakit ini akan menyebabkan kegagalan buah pinggang dan kematian.

Menurut perunding nefrologi, Dr Tan Wee Ming, masalah paling utama ialah tanggapan salah mengenai simptom yang ditunjukkan dan menganggap ia akan hilang selepas tempoh tertentu. Sebenarnya simptom ini adalah cara badan memberitahu kita ada organ mula mengalami masalah.

Antara simptom yang perlu diperhatikan ialah:
Bengkak pada muka khususnya keliling mata, pergelangan tangan, abdomen, paha dan buku lali.
Air kencing berbuih.
Air kencing bercampur darah.
Air kencing berubah warna menjadi pekat dan gelap.
Jumlah air kencing berkurang.
Mengalami masalah dan berasa sakit serta pedih ketika buang air kencing.
Tabiat buang air kecil berubah dan lebih kerap pada waktu malam.
Belakang badan (di bahagian tengah, terutama di bawah tulang rusuk iaitu kedudukan buah pinggang).
Tekanan darah tinggi.

Dr Tan berkata, jika mengalami mana-nama gejala di atas, ini bermakna tiba masa anda mendapatkan pemeriksaan kesihatan dan beberapa ujian sebelum masalah sebenar diketahui.

"Masalah buah pinggang yang tidak dapat berfungsi dengan baik boleh berlaku sesekali atau bersifat sementara. Jika ia disebabkan kecederaan atau jangkitan, buah pinggang akan kembali berfungsi secara normal selepas sembuh.

"Bagaimanapun dalam sesetengah kes, ia mungkin memerlukan rawatan lanjutan seperti pembedahan. Bagi masalah buah pinggang kekal seperti dialami pesakit kencing manis dan tekanan darah tinggi, mereka mungkin perlu menjalani dialisis sepanjang hayat," katanya.

Apabila hidup bergantung kepada mesin dialisis, pesakit perlu banyak berkorban dan mesti bersedia membuat perubahan pemakanan. Dialisis bukan penawar dan ia tidak akan memperbaiki buah pinggang yang rosak.

Ia adalah sistem sokongan yang membolehkan pesakit meneruskan kehidupan. Justeru, tabiat pemakanan perlu diubah supaya fungsi buah pinggang (walaupun sedikit) dapat dikekalkan. Ketika ini buah pinggang memerlukan jumlah cecair, protein, garam, fosforus dan potassium secukupnya.

Masalah buah pinggang boleh dibahagikan kepada beberapa jenis, iaitu:
Batu karang berlaku akibat penghasilan hablur dalam buah pinggang. Ia boleh disebabkan kurang cecair dalam badan, terutama air. Ini sebabnya kita perlu minum sekurang-kurangnya satu liter air sehari untuk mengelak pembentukan hablur atau batu karang. Kadangkala pesakit berasa sakit ketika kencing kerana hablur keluar bersama air kencing.
Penyakit polisistik ginjal ini adalah keadaan apabila berlaku pembentukan kaviti atau sista dalam buah pinggang. Sesetengah sista tidak menyebabkan masalah kegagalan buah pinggang, tetapi ia boleh membesar hingga menyebabkan buah pinggang gagal berfungsi. Ada kalanya masalah ini tidak mempunyai simptom, tetapi ada juga pesakit mengalami pendarahan dalam kencing.
Pyelonephritis ia merujuk kepada jangkitan buah pinggang disebabkan bakteria atau virus. Jenis paling biasa akan menyebabkan saluran air kencing tersekat. Sekatan ini boleh berlaku pada tiub ureter (tiub yang menyambungkan buah pinggang dengan pundi kencing) atau saluran keluar dari pundi kencing.

Sesetengah kes sekatan berpunca daripada batu, bengkak atau parut pada ureter, jangkitan kronik atau ketumbuhan.
Refluks buah pinggang ia bermakna air kencing mengalir balik ke pundi kencing melalui ureter dan memasuki buah pinggang. Masalah ini tiada simptom atau gejala tertentu. Jika ada jangkitan, refluks juga boleh menyebabkan jangkitan pada buah pinggang yang menyebabkan sakit belakang.

Bagaimanapun, refluks atau aliran songsang air kencing tiada kaitan dengan masalah tidak berdaya menahan kencing, kecuali jika pesakit turut mengalami jangkitan salur kencing, dilahirkan dengan saluran buah pinggang tidak normal (kongenital) atau ada gangguan fungsi pundi kencing.
Mesangial Proliferative Glomerulonephritis simptom penyakit ini kadangkala disalah anggap dengan masalah kesihatan lain seperti tekanan darah tinggi, bengkak dan anemia. Ia juga sering dikesan pada peringkat lewat kerana kebanyakan pesakit hanya datang menjalani pemeriksaan apabila keadaan menjadi serius.

Justeru, Dr Tan menyarankan setiap individu menjalani pemeriksaan urin dan tekanan darah tinggi sekurang-kurangnya sekali setiap tahun.
Hemangioma ini adalah ketumbuhan paling biasa dijumpai pada kulit yang juga dipanggil tanda lahir. Bagaimanapun, ia juga boleh berlaku pada organ dan tisu lain. Jika berlaku pada buah pinggang, ia boleh menyebabkan hematuria (air kencing berdarah).
Diabetes Insipidus simptom penyakit ini sama dengan diebetes mellitus. Gejala paling utama dan ketara ialah kekerapan kencing disebabkan kekurangan hormon anti diuretik (ADH) yang mengawal fungsi buah pinggang untuk menahan air kencing, terutama ketika dehidrasi.

Ia juga boleh disebabkan kegagalan buah pinggang sebagai tindak balas terhadap hormon ADH. Ia juga mungkin berlaku pada individu yang dilahirkan tanpa penerima biokimia badan dalam buah pinggang untuk memberi tindak balas terhadap hormon. Walaupun bunyinya kompleks, jangan risau kerana masalah ini boleh dirawat.

"Sebelum mengalami masalah, lebih baik kita mengambil langkah pencegahan dengan mengawal pemakanan. Diet seimbang memainkan fungsi penting untuk mengelak dan merawat masalah buah pinggang. Jangan lupa minum banyak air supaya buah pinggang boleh berfungsi dengan sempurna," katanya